BUKU PANDUAN TEKNIK CATAN

LAMAN UTAMA KATALOG SAMPEL BUKU1 SAMPEL BUKU2 SAMPEL BUKU3 SAMPEL BUKU4 SAMPEL BUKU5 SAMPEL BUKU6 CARA BAYARAN ALAMAT KAMI MUAT TURUN Blog

HARGA SENASKAH : RM0.00. DENGAN SETIAP PEMBELIAN BUKU KERJA SIRI PRAKTIKAL 4.

Dalam buku panduan ini, beberapa teknik catan moden dan tradisional diperkenalkan secara langkah demi langkah. Pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik mewarna seperti overlaying, stippling, lifting, masking, sgrafitto, spattering, alla prima dan sebagainya. Lakaran landskap dan idea adalah berdasarkan perspektif minda pelajar dan ringkas.

Buku panduan ini diberi percuma dengan setiap pembelian buku kerja SENI HALUS: TEKNIK CATAN yang berharga RM15.90 senaskah. Lihat sampel buku 3.

Mengandungi 24 halaman yang berwarna.

Pengarang: JP. LIM

Editor : Lee Hui Lan

Ilustrator : Lee Jun Xian, Yeoh En Ji & Teoh Zi Chen

ISBN : 978-983-42104-4-1

Contoh kandungan dalam buku panduan ini.

Muka surat 4 : langkah permulaan untuk melakar dan melukis.

Pelbagai teknik catan seperti basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah dan kering atas kering diperkenalkan.

Contoh muka surat 6.

Huraian yang ringkas, padat serta dengan paparan grafik dimuatkan dalam semua muka surat.

Contoh muka surat 8

Contoh paparan grafik kesan teknik basah atas basah dan basah atas kering.

Contoh paparan grafik teknik pensel larut air, masking dan line & wash.

Contoh paparan grafik langkah 1 dan  langkah 2 teknik catan yang sistematik mengikut kaedah tertentu.

TEKNIK BASAH ATAS KERING DENGAN TEKNIK GARISAN ATAS WARNA / LINE & WASH (cat air yang telah dicairkan disapu ke atas lapisan warna yang kering. Merupakan teknik yang paling kerap digunakan dan dapat menghasilkan kesan lutsinar. Pen berdakwat kemudian digunakan untuk memperhalusi lagi objek-objek yang kecil).

Contoh paparan grafik langkah 3 dan langkah 4 teknik catan yang sistematik mengikut kaedah tertentu.

TEKNIK KERING ATAS BASAH DENGAN TEKNIK WARNA TERUS / ALLA PRIMA (cat air yang dikeluarkan dari tiup warna disapu terus ke atas permukaan kertas. Teknik ini lebih mudah untuk dikawal bagi menghasilkan kesan sapuan yang dikehendaki berbanding dengan teknik basah atas basah. Dengan menggunakan teknik alla prima ini, gubahan disiapkan dalam sesi mencatan itu juga. Ini berbeza dengan teknik lain yang boleh ditangguhkan pada masa lain atau sehingga beberapa hari sebelum gubahan disiapkan sepenuhnya). Lihat contoh gubahan di bawah.

TEKNIK KERING ATAS KERING DENGAN TEKNIK LINE & WASH (cat air yang dikeluarkan dari tiup warna disapu terus ke atas permukaan kertas yang kering. Teknik ini menghasilkan kesan kering yang berlegap dan mewujudkan kesan jalinan yang kasar dan menarik. Pen berdakwat kemudian digunakan untuk memperkemaskinikan objek dalam gubahan).

TEKNIK BASAH ATAS BASAH DENGAN TEKNIK GARISAN ATAS WARNA / LINE & WASH (cat air yang telah dicairkan disapu ke atas permukaan kertas yang telah dibasahkan. Ia merupakan teknik yang sukar dikawal sapuan warnanya. Penggunaan kadar kelembapan yang betul akan dapat menghasilkan kesan lutsinar yang dramatik dan istimewa. Objek yang halus diterperincikan lagi dengan menggunakan pen berdakwat supaya garisan yang halus dapat ditonjolkan). Lihat contoh gubahan di bawah.