KATALOG

LAMAN UTAMA KATALOG SAMPEL BUKU1 SAMPEL BUKU2 SAMPEL BUKU3 SAMPEL BUKU4 SAMPEL BUKU5 SAMPEL BUKU6 CARA BAYARAN ALAMAT KAMI MUAT TURUN Blog

ANTARA BEBERAPA SIRI BUKU UNTUK KEGUNAAN DALAM SENI VISUAL 1: ASAS SENI HALUS ( LUKISAN & CATAN)

Asas seni Halus dan catan  ini dihasil khas untuk membantu pelajar  sekolah menengah memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang mudah dan praktikal. Teknik membuat lakaran ditunjukkan secara langkah demi langkah. Ini kemudiannya diikuti dengan teknik mewarna dengan sistematik. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan tajuk dalam seni visual yang kerap ditanya dalam soalan peperiksaan (kertas 2). Terdapat 24 lembaran latihan praktikal yang disediakan untuk membolehkan pelajar membuat latihan lakaran dan mewarna secara sistematik.

Kini buku ini tiada dalam stok. Edisi baru akan diterbitkan tidak lama lagi. Harap bersabar.

ELEMEN DAN PRINSIP SENI VISUAL : TEKNIK MELUKIS & LAKARAN ASAS

TEKNIK MELUKIS & LAKARAN ASAS - LIHAT SAMPEL BUKU 2 

Asas teori seni visual siri praktikal 1 ini ditulis khas untuk membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga lima memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang menarik dan praktikal. Melalui teknik pengajaran secara langkah demi langkah akan membantu pelajar mengembangkan literasi visual dan menjadi asas untuk pembelajaran seni visual pada masa hadapan. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Setiap lembaran latihan praktikal yang disediakan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan serta merta ke dalam lembaran  yang disediakan. Dalam bahagian ini konsep penting seperti garisan, tekstur, jalinan, corak, rupa, bentuk, harmoni, keseimbangan dan teknik membuat lakaran asas diperkenalkan secara langkah demi langkah dan bersistematik.

BUKU KERJA DAN BUKU PANDUAN SENI HALUS : TEKNIK CATAN - LIHAT SAMPEL BUKU 3 & 6

EDISI TERBARU LIHAT SAMPEL BUKU 3

Seni Halus: Teknik Catan siri praktikal 4 ini ditulis khas untuk membantu pelajar sekolah Menengah dari tingkatan 1 hingga 6 memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang menarik dan praktikal. Melalui teknik catan secara langkah demi langkah akan membantu pelajar mengembangkan literasi visual dan menjadi asas untuk pembelajaran seni visual pada masa hadapan. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Setiap lembaran latihan praktikal yang disediakan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan serta merta ke dalam lembaran  yang disediakan. Dalam bahagian ini konsep penting tentang  kaedah melakar, melukis dan mencatan diperkenalkan. Beberapa teknik seperti basah atas basah, basah atas kering , kering atas basah dan kering atas kering diperkenalkan secara satu demi satu. Teknik sampingan seperti sgrafitto, stippling, masking, alla prima, overlaying, line and wash, soluble colour pencil dan spattering juga turut diperkenalkan. Paparan grafik dan rajah berwarna juga ditunjukkan secara langkah demi langkah dalam buku panduan yang dijual secara berasingan.

BUKU TEORI SENI VISUAL 3 : TEKNIK MELUKIS FIGURA

TEKNIK MELUKIS FIGURA - LIHAT SAMPEL BUKU 4 

Asas teori seni visual siri praktikal 3 ini ditulis khas untuk membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga lima memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang menarik dan praktikal. Melalui teknik pengajaran secara langkah demi langkah akan membantu pelajar mengembangkan literasi visual dan menjadi asas untuk pembelajaran seni visual pada masa hadapan. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Setiap lembaran latihan praktikal yang disediakan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan serta merta ke dalam lembaran  yang disediakan. Dalam bahagian ini ditunjukkan cara melukis figura secara berperingkat iaitu dari  segi raut wajah manusia, mata, telinga, bibir, hidung, susuk badan dan lain-lain anggota badan secara mudah dan bersistematik.

BUKU TENUNAN ASAS

Tiada dalam stok pada masa kini.  

 Buku Tenunan asas ini dihasilkan oleh pakar seni visual untuk membantu pelajar menghasilkan corak tenunan dengan menggunakan benang dan menghasilkan corak mengikut dimensi baru. Gambar foto dan rajah berwarna ditunjukkan secara langkah demi langkah untuk membantu pelajar. Kit alat tenunan juga disediakan supaya pelajar dari semua peringkat umur boleh menggunakannya dengan mudah.

BUKU BATIK CANTING

Tiada dalam stok pada masa kini 

Buku batik canting ini ditulis khas oleh pakar batik canting untuk membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga lima memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dalam menghasilkan batik. Paparan dalam bentuk grafik dan foto berwarna ditunjukkan secara langkah demi langkah. Melalui cara ini pelajar akan lebih mudah memahami dan meniru gaya baru untuk menghasilkan batik dengan teknik yang betul dan kreatif.

KOLEKSI OLAHAN MOTIF - LIHAT SAMPEL BUKU 5

Koleksi olahan motif ini bertujuan untuk membantu pelajar menghasilkan beberapa corak tertentu mengikut motif tertentu seperti flora, fauna, garisan dan geometri. Terdapat puluhan motif yang telah disediakan sebagai template atau acuan untuk ditiru oleh pelajar. Teknik gabungan pelbagai motif juga ditunjukkan supaya hasil yang lebih kreatif dapat dibentuk

Teknik dan panduan penggunaan koleksi motif ini boleh dimuat turun. Lihat bahagian muat turun dan klik fail: motif_instruction.pdf

Semua imej dalam laman ini adalah hakcipta penerbit.

Sila lihat sampel kandungan dan contoh muka surat dalam buku 1 hingga 6.