ELEMEN DAN PRINSIP SENI VISUAL / TEKNIK MELUKIS DAN LAKARAN ASAS
HARGA SENASKAH RM14.90 (EDISI 5)
SINOPSIS
Asas teori seni visual siri praktikal 1 ini ditulis khas untuk membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang menarik dan praktikal. Melalui teknik pengajaran secara langkah demi langkah akan membantu pelajar mengembangkan literasi visual dan menjadi asas untuk pembelajaran seni visual pada masa hadapan. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Setiap lembaran latihan praktikal yang disediakan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan serta merta ke dalam lembaran yang disediakan. Dalam bahagian ini konsep penting seperti garisan, tekstur, jalinan, corak, rupa, bentuk, harmoni, keseimbangan dan teknik membuat lakaran asas diperkenalkan secara langkah demi langkah dan bersistematik.CONTOH MUKA SURAT
Penggunaan pelbagai jenis media diperkenalkan untuk menghasilkan garisan tertentu. Konsep garisan, jenis dan fungsi garisan diperjelaskan satu demi satu. Kemudian pelajar dikehendaki menghasilkan semula beberapa jenis garisan berdasarkan konsep yang dipelajari dalam ruangan kosong yang disediakan.
CONTOH MUKA SURAT
CONTOH MUKA SURAT
CONTOH MUKA SURAT
Konsep rupa dan bentuk diperkenalkan kepada pelajar. Kemudian pelajar dikehendaki menghasilkan semula rupa dan bentuk berdasarkan konsep yang dipelajari dalam ruangan kosong yang disediakan.
CONTOH MUKA SURAT
Pada peringkat akhir, setelah menguasai kesemua elemen dan prinsip seni visual, pelajar dikehendaki menghasilkan beberapa objek tertentu dengan menggunakan kesemua elemen dan prinsip seni visual seperti keseimbangan dan harmoni dalam penghasilan karya tertentu. Lakaran lukisan di atas adalah contoh hasil karya yang dilukis oleh pelajar tingkatan 1.
CONTOH BUKU TEORI SENI VISUAL 1 UNTUK KEGUNAAN PELAJAR
Semua kandungan dalam buku siri ini adalah sesuai untuk diperkenalkan kepada semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.
HAKCIPTA TERPELIHARA
BUKU KERJA TEORI SENI VISUAL
Pengarang : JP Lim, Zulkifli said & H G Tan
Penerbit: Mk Tech Publishing House
No. ISBN: 978-983-42104-6-5
Tahun Terbitan: 2008
Harga Buku: RM14.90
EDISI: 5 (2012)