BUKU SENI HALUS : TEKNIK CATAN SIRI PRAKTIKAL 4
HARGA SENASKAH RM15.90 (sesuai untuk rujukan pelajar yang akan menduduki SPM & STPM). Dapatkan buku panduan catan langkah demi langkah secara percuma dengan setiap pembelian)
Sinopsis
Seni Halus: Teknik Catan siri praktikal 4 ini ditulis khas untuk membantu pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 6 memahami dan mengaplikasikan elemen dan prinsip seni visual dengan cara yang menarik dan praktikal. Melalui teknik pengajaran secara langkah demi langkah akan membantu pelajar mengembangkan literasi visual dan menjadi asas untuk pembelajaran seni visual pada masa hadapan. Setiap muka surat dalam siri ini adakah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Setiap lembaran latihan praktikal yang disediakan membolehkan pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan serta merta ke dalam lembaran yang disediakan. Dalam bahagian ini beberapa teknik catan tradisional dan moden didedahkan seperti basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah dan kering atas kering. Gabungan teknik catan moden dan tradisional seperti sgrafittto, spattering, stippling, masking, line & wash, dry brush, sponging dan water soluble colour pencil turut diperkenalkan secara langkah demi langkah. Contoh soalan peperiksaan seni halus turut disertakan dalam helaian kerja sebagai panduan melakar, melukis dan mencatan.
PROMOSI : PEMBELIAN YANG MELEBIHI 80 NASKAH AKAN DIBERI PERCUMA BUKU PANDUAN TEKNIK CATAN (SEHINGGA KEHABISAN STOK).
CONTOH MUKA SURAT (Lukisan Artistik: Landskap) - menggunakan TEKNIK ALLA PRIMA
Teknik melakar dan melukis ditunjukkan. Seterusnya teknik catan kering atas basah dan alla prima dilakukan secara langkah demi langkah. Pelajar kemudian dikehendaki mengaplikasi teknik ini ke dalam ruangan yang disediakan.
CONTOH MUKA SURAT ( Lukisan Artistik : Landskap) - menggunakan TEKNIK SPONGING
Teknik melakar dan melukis ditunjukkan. Seterusnya teknik catan basah atas kering dan gabungan teknik sponging dan dry brush dilakukan secara langkah demi langkah. Pelajar kemudian dikehendaki mengaplikasi teknik ini ke dalam ruangan yang disediakan.
CONTOH MUKA SURAT ( Lukisan Konseptual : Lagenda & Fantasi)- menggunakan TEKNIK LINE & WASH
Contoh teknik catan berwarna ditunjukkan secara langkah demi langkah dalam buku panduan teknik catan.
CONTOH MUKA SURAT ( Lukisan Kajian : Objek Semulajadi & Buatan) - menggunakan TEKNIK PENSEL WARNA
Teknik melakar dan melukis ditunjukkan. Seterusnya teknik catan kering atas kering dan menggunakan pensel larut air dilakukan secara langkah demi langkah. Pelajar kemudian dikehendaki mengaplikasi teknik ini ke dalam ruangan yang disediakan.
CONTOH HASIL KERJA PELAJAR
Aktiviti 1 : Gambarkan suasana senja di sebuah kawasan perkampungan nelayan yang kelihatan terdapat beberapa buah bot nelayan yang sedang berlabuh. Matahari senja yang sedang terbenam di kaki bukit tersebut kelihatan berbalam-balam. Warnakan dan lukis keseluruhan kertas lukisan anda. Pembahagian ruang depan, tengah dan belakang haruslah jelas terpapar dalam gambaran anda. Gambarkan suasana di pelabuhan yang indah ketika itu.
CONTOH HASIL GUBAHAN PELAJAR
Aktiviti 9 : Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari yang menebusi kanopinya. Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.
CONTOH MUKA SURAT (Lukisan kajian : Objek Semulajadi & Buatan)- menggunakan TEKNIK ALLA PRIMA
CONTOH MUKA SURAT (Lukisan kajian : Objek Semulajadi & Buatan) - menggunakan TEKNIK SPATTERING
Teknik melakar dan melukis ditunjukkan. Seterusnya teknik catan kering atas basah dan spattering dilakukan secara langkah demi langkah. Pelajar kemudian dikehendaki mengaplikasi teknik ini ke dalam ruangan yang disediakan.
CONTOH MUKA SURAT Lukisan Figuratif : Tubuh badan & Anatomi) - menggunakan TEKNIK MASKING
Teknik melakar dan melukis ditunjukkan. Seterusnya teknik catan basah atas basah dan maskingdilakukan secara langkah demi langkah. Pelajar kemudian dikehendaki mengaplikasi teknik ini ke dalam ruangan yang disediakan.
CONTOH HASIL GUBAHAN PELAJAR
Aktiviti 6 : Di tepi pantai yang berbatu, ombak yang besar sedang melanda pantai. Dalam keadaan cuaca yang buruk dan laut sedang bergelora, kelihatan satu ombak yang besar menuju dan menghempas pantai. Gambarkan suasana tersebut dalam karya anda.
CONTOH HASIL GUBAHAN PELAJAR
Aktiviti 22 : Anda sedang menyaksikan satu pertunjukan tarian tradisional. Kedudukan anda adalah di hadapan dan kelihatan beberapa orang sedang bermain alatan musik di belakang kumpulan penari. Lukiskan suasana tersebut melalui sudut pandangan dari kedudukan anda itu. Penekanan hendaklah diberikan kepada bentuk figura, jalinan ruang dan warna.
CONTOH HASIL GUBAHAN PELAJAR
Aktiviti 24 : Sebuah kapal angkasa telah mendarat di bumi. Kelihatan sinaran cahaya menyinari sekelilingnya. Tiba-tiba kapal angkasa terbang dan meninggalkan beberapa orang makhluk asing dan bala tenteranya di sebuah kawasan yang berhampiran. Gambarkan aksi makhluk asing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.
CONTOH HASIL GUBAHAN PELAJAR
Aktiviti 5 : Di atas sebuah meja di dapur kelihatan terdapat beberapa alatan dapur seperti pisau, bikar tanah liat, pengisar lada hitam, papan hirisan dan botol kaca. Gambarkan susunan alatan dapur tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan komposisi yang menarik.
HAK CIPTA TERPELIHARA. Dapatkan juga buku panduan catan dengan langkah demi langkah (dalam helaian yang berwarna) dalam buku panduan teknik catan)
BUKU KERJA SENI HALUS : TEKNIK CATAN.
Pengarang : JP Lim
Editor : Lee Hui Lan
Ilustrator: Lee Jun Xian, Yeoh En Ji & Teoh Zi Chen
Penerbit: Mk Tech Publishing House
No. ISBN: 978-983-42104-5-8
Tahun Terbitan: 2011
Nota: Setiap pembelian akan di beri buku panduan catan langkah demi langkah secara percuma (semua muka surat berwarna). Rebut peluang ini sebelum kehabisan stok.